Isnin, 18 November 2013

D.I.Y WALL DECO

Aku kan ada cerita yang hari Jumaat lepas aku bercuti. So, sebenarnya ada plan lain nak dibuat. Aku ada cakap ngan hubby nak buat deco2 rumah. Aku cerita lah kat dia aku nak buat macamana. Aku ajak dia pergi beli peralatan. Masa aku cakap tu, dia macam tak konfiden je....dia takut jadi buruk. Dia siap warning lagi....lau umah nampak buruk, aku yang harus bertanggungjawab. Tak percaya dengan kekreatifan isteri la tuuu. Ta pe bang, u buat jeee.......yang lain u tak payah pikir.


Bahan2 yang dibeli ialah playwood nipis, cat, sealer, kayu siling, gergaji, paku kayu, paku simen dan gam wallpaper. Gambar kat atas adalah proses pemotongan playwood (ejaan aku tak pasti macamana...aku main belasah je tu)


Kat sini aku minta hubby buatkan 3 bahagian dalam ukuran 1.5 x 5 inci bagi setiap satu.


Sekarang adalah proses memaku bahagian belakang menggunakan kayu lak.


Kayu playwood yang telah siap di paku


Pemandangan bahagian belakang. Yang ni la yang aku duk cerita kena guna kayu n paku sebagai sokongan


Langkah seterusnya ialah pemasangan wallpaper. Aku gunakan lebihan wallpaper diruang tamu rumah aku.


Mula2 bancuhkan gam mengikut arahan yang telah diberi...biarkan 15 mnt. Kami gunakan scraper untuk pastikan wallpaper ini betul2 melekat di kayu ini. Pastikan tiada gelembung udara didalamnya ya. Tolak gelembung udara dengan menggunakan peralatan tersebut.


Dan inilah hasilnya.....Kami memulakan kerja pertukangan ini selepas maghrib....pukul 11.00 malam baru siap.


Keesokannya, kami meneruskan dengan step kedua pula iaitu mengecat dinding. Mula2 catkan dinding dengan warna putih terlebih dahulu. Gila kejam aku ni...pagi2 buta kejutkan lagi untuk catkan dinding rumah.


Sebelum cat dinding, kita perlu lekatkan maskin tape dibahagian yang kita nak cat sebagai pembahagi ruang.


Selepas makan tengahari, proses mengecat bermula. Aku pilih warna merah sebab nak naikkan seri ruang tamu rumahku...lagi pun tema ruang tamu ni ialah hitam, putih dan merah.


Lapisan pertama. Tolong abaikan lelaki seksi didalam gambar itu ya. Kalau dia tahu aku masukkan gambar dia tak berbaju cam ni...confirm menangis air mata darah laki aku ni.


Setelah cat kering, laki aku mula menggantungkan decoration yang kami buat semalam.



Hati2 ye bang....ai masih sayang kat u tau.


Decoration kedua telah siap digantung. Gaya orang kat atas tu macam profesional jeee.


Dan yang terakhir sekali


Tadaaaa...inilah tercemahan apa yang telah aku bayangkan. Sekarang kami telah zahirkan melalui walldeco


Ini adalah ruang yang kami belum cat lagi....ingat nak cat dengan warna soft grey dikiri dan kanan cat merah tu.


Ini pula wallpaper yang kami tampalkan di ruang tamu...so lebihanya itu lah yang aku buat sebagai decoration.


Pemandangan mengiring


Gambar selepas. Bila ruang ni nak digantung tv nanti, aku akan naikkanlah semua  deco tu sebaris. Oleh kerana tv belum ada lagi, maka aku buat secara bertingkat dulu.


Gambar sebelum


Hahaha...perasaan puas bersarang dihati....CETUSAN IDEA ISTERI....HASIL TANGAN SUAMI.
Walaupun kami mempunyai karektor yang berlaian, minat yang berbeza, tapi kami punyai citarasa yang sama. 

Nak buat kerja macam ni, sebenarnya perlukan sokongan diantara satu sama lain...baru menjadi. Apa yang kami buat mungkin tak cantik dimata orang lain...tapi kami tetap gembira asalkan cantik dimata kami.


Hahaha...puassssssssssssssssssssssss gila rasa.Gila pun tak rasa puas cam ni.

So, nampaknya deco seterusnya akan bermula lagi selepas ini. Dalam kepala ni dah ada macam2 idea.
So, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.



Bye.




2 ulasan:

  1. Wah2... seksi Papacik tuh.... haha.. singgah sambil2 klik tabung mamacik..

    BalasPadam
  2. Mamacik dah lupa pasword Nufnang mamacik....x boleh nak semak la nampaknya.

    BalasPadam