Isnin, 4 November 2013

ANAK2 KU, COUSIN DAN MASKOT MILO

Gambar ni punya lah lama....tp baru jumpa....jadii aku tepek la kat sini....ada aku kesah gambar lama atau baru....janji aku ada cerita nak update...biarlah ada daripada tak ada kan??? Tapi aku tak lah kejam....lama pun tak adalah lama sangat...3 minggu lepas jee.

Ari tu aku ada cerita yang kakak ipar aku ada datang kan? Bila dia datang kat umah, dia tgk aku hampar tikar evamatik kat ruang keluarga, aku buat alas meja makan, dan letak kat dapur...bagi sedap sikit montot ni nak duduk bila menumbuk. Hahahaha....mesti korang fikir aku ni oldschool sikit kan, sebab zaman canggih orang dah guna blender aku masuh guna lesung batu lagi. Halllooo kawan2...aku bukan tak ada blender....tp sesetengah masakan tu best sekiranya kita tumbuk....tak gitu Chef Wan. Haaaa kerlas kau...tanya Chef Wan tuuu....kau mampu????
Ok berbalik kepada kisah tikar tu semula yeee...
Bila dah berkenan tu, dia tanya la aku beli kat mana tikar tu yang bercorak abstrak...aku cakap la kat maideen (aku tak ada syer atau kepentingan apa2 yer ngan Maideen....hahaha). Terus dia cakap nak pegi beli....maka bergerak la kami sekeluarga ke sana.


Nampak tak tikar yang dia duduk n kat bawah meja makan tu....dan satu lagi kat dapur tu....letak betul depan singki...tak nak bagi becak sebenarnya. Yang ni la yang dia berkenan tu.


Bila sampai sana, nampak promoter tengah susun kotak milo. Aku tanya boleh ke aku nak beli yang kotak besar tuu...dia kata boleh...lau yang kecil tu untuk diberi percuma....tp kena tunggu 10 mnt lagi la...sebab pukul 6 baru promosi tu bermula. Apalagi...sanggup la kami tunggu...sebab dia kata akan ada maskot milo. seronok la budak2 tu.


Minum...jgn tak minum....


Model2 iklan milo


Seronok kemain masing2


Tengah beramah mesra.


Kami yang parent ni ingatkan dia bagi air kotak milo percuma kat kanak2 jee....rupanya kat parent pun dia bagi. Dah bagi...kami minum je lah...rezeki jgn ditolak.

Ok tu je cerita ari ni.
Nak buat keja sikit. Nanti ketemu lagi dilain siaran ya ibu2 bapa2.





1 ulasan: