Jumaat, 5 April 2013

PETUA ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Ok, hari ni saya akan ajarkan cara bagaimana nak eratkan hubungan diantara suami isteri...Hoiiii...sudah cukup sudah la QM (qasihmama) oiii....tak payah la verangan nak jadi penceramah motivasi. Ai bukan apa...lau diikutkan karektor ai ni...boleh jadi penceramah sebenarnya...cuma takut ustazah siti nurbahyah tak boleh terima hakikat bahawasanya wujud penceranah yang sebegini rupa...mau beliau menangis keluar air mata darah nengok cara ai berceramah...

Astaghfirullahhalaazimm...mengucap QM....jgn sekali2 kamu riak.Mari kita berbalik kepada tajuk kita hari ni ye kawan2. Ok, aku nak kongsi apa yang aku praktikkan untuk memupuk kasih sayang antara aku dan hubby. Sebenarnya ada bermacam2 cara...tapi ini aku nak kongsi cara yang aku buat.

1. Kita kena jadi diri kita yang sebenar
    - Perkara ini harus bermula dari awal perkenalan lagi tau. Kau jangan la nak jadi orang lain depan si dia, tak payah berlakon...itu buang masa sebenarnya. Biarlah dia sayang dan cinta kita sebab kita adalah kita bukan orang lain. Macam aku memang jenis manusia yang tak pandai nak manja2 atau sopan2 gitu. Kalau aku cakap sopan dengan nada suara lemah lembut dan gaya wanita melayu terakhir, confirm laki aku akan pengsan 40 hari 40 malam. Walaupun macam tu...aku tetap ada manja dalam diri tau....kan abang kan?

2. Pastikan kata2 cinta/ sayang terucap
    - Aku selalu tanya kat dia "abang sayang ayang tak?" dan aku akan pastikan dia jawab sayang. Berani dia nak jawab tak sayang? Waktu untuk aku tanya tak spesifik...maksud aku tak semestinya waktu atas katil/nak tidur. Aku akan tanya bila aku teringat, tak kira la atas kereta ke, kat kedai makan ke, dalam toilet ke...yang pasti kena jawab....dan jawapan hendaklah jelas...selagi dia tak cakap sayang, selagi itulah aku akan tanya....(kejamkan) suka hati je main paksa. Tapi itu penting tau...supaya dia sentiasa ingat bahawa dalam hati dia ada orang yang dia sayang. Dan kalau dia nak curang pun mesti dia akan rasa bersalah (mana boleh cakap tak serupa bikin).Hahahaha...

3. Bergurau senda
    - Aku laki bini memang jenis yang tak senonoh...kalau bergurau memang yang bodoh2 je....hahaha janji happy. Contohnya aku suruh anak2 pegang kaki dan tangan bapanya dan aku pula tukang geletek...masa tu dia akan menjerit kalahkan pompuan...hahaha padan muka. Agenda buli membuli perlu ada dalam perhubungan ye kawan2 ....baru happening sikit hidup. Ok, aku bagi satu contoh lagi apa yang aku suka buat...tgh syok tgk tv...aku akan pegang erat tangan dia...usap dengan manja...dan dia pasti akan relakan semua itu...tgh2 dia khayal...maka aku pegang jarinya n masukkan dalam lubang hidungku....masa tu bukan main dia marah (marah sambil gelak) ...tapi perkara itu pasti tidak akan berakhir disitu....dia akan cari masa yang sesuai untuk balas balik perbuatan aku itu....dan aku akan janji tak nak buat lagi...sebab dia masukkan jariku yang runcing dan mulus ini semasa hidungnya belum dikorek lagi...cuba uoll bayangkan..(tp yang ni aku tak suruh korang tiru ok...tak semua laki boleh terima gurauan bodoh macam aku buat...kalau korang terima hadiah sepak terajang jgn salahkan aku)

4. Sentuhan/ belaian/ ciuman
    - Sentuhan amat penting dalam perhubungan. Sentuhlah suamimu sekurang2nya sekali sehari...pegang tangan, pipi atau mana2 bahagian yang korang suka sentuh dia. Sebab melalui sentuhan lah boleh mengeratkan rasa kasih sayang. Sentuhan itu ada cas positif dan negatif tau. Manjakan lah diri dia....contohnya picit jerawat dia ke, potong kuku dia ke dll. Dan...satu perkara lagi, kita jangan kedekut untuk bagi ciuman kat suami...tp kena agak2 juga la...jgn la kita pemurah sangat sampai depan khalayak ramai pun kita buat juga. Kalau depan mak ayah tu cukup sekadar cium pipi atau dahi je...jgn nak berkucupan pula...kang tak pasal2 mereka kena heart attack.

5. Nyayian/ lagu
    - Ini tak bermakna kita perlu jadi penyanyi n buat album ...lagu orang lain pun boleh kita guna...contohnya aku n suami suka nyanyi tau...n sekiranya lirik lagu tu ada kena mengena dengan isi hati aku maka aku akan cakap..."abang dengar lagu ni elok2, saya tujukan untuk abang"....begitulah juga dengan laki aku....suka tujukan lagu untuk aku. So bila kita dengar lagu tu automatik kita akan teringatkan dia walaupun dia tiada di sebelah kita. Kita orang selalu bila naik keta, buka radio n nyanyi sama2 n kiranya lagu tu aku nak tuju untuk dia maka aku akan buat gaya antaranya pegang pipinya (dgn gaya romantik tau, jgn pula kau pegang macam nak cari gaduh) sambil nyanyi n mata pandang dia...(kalah pelakon tau...menangis diaorang lepas ni tak boleh cari makan).

6.Berkongsi
   - Aku memang jenis yang tak kedekut punya (senyum jahat). Aku akan berkongsi apa sahaja dengan suami. Berkongsi duit, berkongsi cerita, berkongsi impian, berkongsi angan2....kata berkongsi hidup...so kita harus berkongsi apa sahaja. Jangan amalkan hak aku, aku punya...hak kau pun aku punya...itu bahaya.

7. Menjadi pendengar yang setia
    - Kita kaum isteri ibarat tulang belakang suami, jadi kita perlu menjadi pendengar setia setiap permasalahan suami kita...kalau boleh kita tolong, kita tolong. Kita harus support suami kita dalam apa jua keadaan. Kadang2 dengan meluahkan apa yang dia rasa dan ada orang yang mendengar akan membuatkan dia rasa lega. Tapi....kalau dia luah permasalahan  sebab dia nak kawin lain tp tak dapat,....alamatnya kita jumpa kat hospital lah yeee.

8. Meraikan tarikh2 penting
    - Kita perlu meraikan hari2 yang bermakna dalam hidup dia...seperti hari lahir, anniversary...dan yang seangkatan dengannya. Caranya tak payah la nak cerita....pandai2 la korang rangkakannya mengikut acuan korang sendiri.

9. Banyakkan  masa bersama dia dan keluarga
    - Apa yang aku praktikkan dalam kehidupan aku ialah, bila pulang dari tempat berkerja, maka aku akan tinggalkan segala masalah dan kawan2. Di rumah, aku hanya ada dia dan anak2. Aku tak akan sekali2 keluar enjoy dengan kawan2 apabila pulang kerumah. Aku tak pernah nak berchatting, bersms, bergayut di phone dgn kawan2 sehingga boleh mengabaikan dia. Habis waktu kerja, balik ke rumah...dunia baru ku akan bermula. Aku akan pastikan setiap detik yang terluang aku akan habiskan bersama mereka. Itu aku la....

10. Terima dia seadanya.
      - Kita perlu terima kebaikan dan keburukan dia....tanamkan dalam diri yang manusia tidak sempurna begitu juga dengan kita. Prinsip aku senang..." kalau kita nak pasangan yang sempurna, maka sampai bila2 pun hidup kita tak akan sempurna". Kalau dia salah, kita perbetulkan, kalau kita salah kita kena terima. Kalau dia buat salah...beri peluang untuk dia berubah....kita sebagai isteri jangan cepat melatah. Sabar dan pengorbanan itu perlu dalam kehidupan berumahtangga. Baru bahagia tak gitu?????

Woooowww panjang gila...penat weeehhh menaip. Mau tercabut kuku ai yang cantik, kasar jari ai yang mulus ni....

Apa yang aku kongsi ni adalah sebahagian sahaja. Aku kongsi apa yang aku buat...lain orang lain cara. Kalau boleh jadi ikutan, ikutlah...lau tak boleh jangan paksa....kan tak semena2 laki korang cakap "bini aku ni buang tebiat ke?" Sape nak jawab tuuu............

Ok itu je perkongsian yang boleh dikongsi...selamat beramal. Bye

5 ulasan:

  1. Noted..Penceramah yang power dan awesome!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Dulu verangan nal jadi penceramah...tp tak kesampaian. Itu la yg jadi cam ni...

    BalasPadam
  3. senyum sendiri bila baca apa yg diamalkan...memang menarik..sikit sebanyak ade dah dipratikkan...memang kite sebagai isteri perlu kreatif dalam rumahtangga bg wujudkan suasana ceria...dok gtu?

    BalasPadam
  4. Hehe sangat ohsemm bila cakap soal gurau tu. Hahah sebab aku dgn husband aku pon suka gurau yg ntah pape. Hahaha tapi asalkan kiteorg happy. Pasal layanan tu.hari2 duk belai laki aku. Sbb dia suka buat gedik dia menjebik kalau nak ehem2 hahahahhahaha. Comel lelaki ni. Kat luar dia gangster sekali bila dua dua dia macam bapokk. Hahhaa.

    BalasPadam
  5. Hahaha...nak gelak dulu pasai cerita u kat entry tuh...mesti heppi familykan? Memang kita ni bila dah usia perkahwinan dan menjangkau 8 thn plus2 nih kena create situasi yg hepi2 agar tak la hubungan tu jd statik @ makin down. Yg pasti, utk eratkan kasih sayang dan cinta suami, puan isteri mesti rajin bergaya depan en somi ye.
    tq 4 sharing

    BalasPadam