Selasa, 10 Februari 2015
Isnin, 9 Februari 2015
Jumaat, 6 Februari 2015
POKOK BERBUNGA HATI GEMBIRA
La..la...la...la....
Lari2 anak sambil bawa bekas penyiram......
Heyyy overnya...perasan muda remaja sangat dah ni...nak nyanyi dengan kaki terhenjut2 sambil berlari anak.
Abaikan mood perasan akak tu yee. Kita berbalik kepada tajuk.
Oleh kerana sekarang musim panas, maka banyak la pokok yang dah mula berbunga....
Sebelum bunganya berguguran jatuh ke bumi...akak ambil kesempatan ambil gambar untuk di tepekkan dalam blog. Sukurang2nya ada kenangan.
Nah akak belanja korang bunga yang sedang mekar berkembang dihalaman umah akak.
Ok itu je nak kongsi.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Khamis, 5 Februari 2015
UBAH SUAI DEKORASI RUANG TAMU
Eh...aku buat ubah suai ke....rasanya tambah sikit2 je. Tapi biarlah dengan tajuk tu. Bagi nampak gempak sikit. LOL. Padahal buat penambahan bantal2 yang comel je kat atas sofa di ruang tamu....hehhehhehe.
Biar gambar je lah yang berbicara yeee.....
See....apa yang lain????
Just table runner dan kusyen peluk comel jeee.
Aku beli satu table runner, bantal empat segi sama 2 biji dan bantal peluk panjang 1biji.
Saje gatal tangan nak beli...just nak ubah rasa keboringan hati. Hahahah
Beginilah keadaanya bila dh di susun
Kalau korang perasan atas meja kopi tu sebelum ni tempered glass hitam tapi aku dah tampal pvc wallpaper putih corak leaf. Sebab apa???
Sebabnya, bila warna hitam....cepat sangat nampak berhabuk walaupun dah lap hari2. Penat weeehhh. Aku pula jenis tak boleh tengok kotor...mula la nak mengelap walaupun keletihan. Bila dah letih, mula lah nak membebel. Laki pula jenis yang sakit telinga bila dengar isteri dia merungut letih....nanti dia akan cakap " Siapa suruh buat".
Jadi ini lah jalan penyelesaiannya. *_________*
Aku beli semua ni kat Jusco. Pergi kat sini tak dirancang. Singgah kat sini selepas pergi kenduri doa selamat rumah kawan sempena anak dia nak ke oversea.
Asalnya masa pergi Jusco tu tak ada niat nk beli apa2.
Tapi pepaham je la orang perempuan ni....bila dah pergi shopping tu...mesti akan ada hasil tangkapannya. Rabak poket ku....dush...dush...rasa nak tumbuk diri sendiri je.
Bang...ganti balik duit ai.
Kira semua ni u yang belanja lah yeeee.
Huwawawa....@_________@
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Rabu, 4 Februari 2015
SUSUN ATUR BAHAGIAN DALAM KABINET DAPUR
Haaaa..................
Ari ni Chef Jah nak kongsi cara susun atur dalam ruang kabinet dapur ye adik-adik. Adik jangan salah sangka...bukan nak share pasal ilmu masakan yeee...just ilmu susun atur kabinet dapur jeee. Oleh kerana bunyi nya ada dapur...bolehlah akak letak cheff kat depan pangkal nama tu. Lau nak tanya pasal resipi...sila tanya orang lain yee...ni syef perasan je yeee...hukhukhuk.
Sebenarnya akak seronok tengok orang duk share tentang susun atur kabinet masing2. Akak pun gatal tangan la nak share juga. Terima kasih kepada blog http://susunatursioca.blogspot.com/ kerana memberi sumber inspirasi
Meh la kita terjah menerjah kedalam ruang kc akak.
Ini ialah tall unit tempat akak simpan stok makanan
Rak atasnya akak letakkan pelbagai jenis gandum
Rak kedua pelbagai jenis makanan dalam tin, botol dan kotak
Rak ketiga adalah seperti yang korang nampak lah yeee
Ini pula rak keempat iaitu stok bihun, keropok ikan dan sebahgainya
Dan rak terakhir akak letakkan stok minuman dalam kotak dan mee segera.
Inilah rupa parasnya. Rak stainless steel tu boleh ditarik
Seterusnya kita pergi pula ke bahagian laci tiga beradik.
Rak pertama akak letakkan sudu, garfu, sudip, alat pemotong dan sebagainya.
Laci kedua pula akak letak pinnggan mangkuk.
Laci ketiga pun masih lagi pinggan mangkuk
Kat bahagian atas laci pula ialah dishwasher
Kita terjah disebelah laci tiga beradik tadi pula.... iaitu kabinet bawah singki.
Kat bahagian ni segala jenis barang akak letakkan kedalam box.
Zoom in sikit dalam box tu.
Yang ni pula ialah singki sebelah kanan....pun tetap akak letakkan perkakas dapur seperti periuk dan bekas plastik ke dalam box. Saje nak bagi kemas dan nampak bersih. Lagi satu mengelakkan kehadiran lipas kedalam bekas2 tersebut.
Kat sini akak simpan barangan seperti kat dalam tuu. Nampak nau malas nak cerita kan?
Yang ni pula yang sebelahnya tadi.
Ini pula ialah ruang sebelah dapur.
Kat bahagian atas tu ialah periuk dan perkakas elektrik manakala bahagian bawah (bekas warna merah) ialah tempat akak letak bawang putih, merah, dan kuning. Bekas merah yang besar tu pula tempat akak simpan beras.
Sebelahnya lagi tempat tong gas.
sebelah tong gas pula tempat akak simpan rempah ratus. Nampak tak....semua tu akak labelkan sebab akak taku akak tertukar. Nampak tak di situ akak ni orang yang rajin memasak sampai rempah ratus pun boleh tertukar.
Sebelah bawah pula akak simpan serbuk kunyit, asam jawa, asam keping, belacan dan sebagainya.
Inilah rupa bentuknya.
Yang ni memang akak minta orang kc buat laci tiga beradik yang comel.
Kat bahagian bawah sekali akak letakkan kitchen towel
Bahagian tengahnya tempat letak pelbagai serbuk dan perencah
Dan yang bahagian atas sekali tempat letak serbuk perasa, serbuk lada hitam, sebuk lada putih, mix herb dll.
Atas table top sebelah kiri tempat akak letak rice cooker dan rakan2nya.
Inilah dia rakan2nya.
Penapis air coway pula di atas table top sebelah kanan.
Yang ni pula diletakkan kat atas mini counter bar.
Aku saja je letakkan gelas dan pinggan mangkuk ikea dan tisu tu kat situ sebab senang nak capai bila nak makan...sebabnya meja makan aku ni betul2 sebelah counter bar.
Dan yang ni pula ialah hiasan yang diletakkan atas table top sebelah singki.
Okey ...itulah dulu yang akak mampu kongsikan apa yang akak dah susunkan didalam kc akak.
Nanti kita cerita lagi ye bab susun atur ni...
(Kalau rajin la)....hishhh..aku ni memang malas betul nak update.
Ok uollsss...tata
Tulus Kasih,
Qasih Mama