Rabu, 26 Februari 2014

TAKUT DAN SEDIH TAK BERTEMPAT

Aku memang ada perangai pelik. Alahhhh semua orang pun ada kan??? Kauorang jangan nak tipu lah. Malu la tu nak ngaku. 

Antara perangai yang aku sendiri tak paham pasal diri aku ialah bila aku bawa kereta, aku tak boleh kalau tak tutup cermin. Aku akan pastikan semua cermin tertutup. Kalau terbuka sekejap je pun dah cukup buat aku cuak dan berdebar. Kalau cermin tertutup, aku rasa lebih selamat. Kalau cermin terbuka, aku rasa macam tak konfident nak bawa kereta.....rasa macam tak selamat. Mungkin sebab bunyi bising angin tu kut. Dan satu lagi, bila cermin terbuka, kita akan dengar bunyi kereta/ motor lain kat luar....buat aku rasa kecut perut. Takut mak tau. 

Satu lagi perangai aku yang aku sendiri tak boleh nak terima kenyataan ialah....
Pada satu hari minggu, aku ada menonton satu program pertandingan menari kat tv (tertonton sebenarnya). Bila lama2 tgk macam best jeee....maka senmentara tak buat apa aku layan la program tu. Program tu ialah program tarian siaran zee kut sebab indian's mum dance (kalau tak silap la). Subtitle memang tak ada untuk program tu ...tp sebab menari, mak layan je lah. Sepatah haram apa yang dia cakap pun aku tak tahu. 

Ada la seorang peserta tu menari....lepas menari,  dia cakap2 dan menangis. Aku memang sumpah tak paham....tapi aku turut serta menangis padahal aku tak tahu apa yang dia tangiskan tu. Minah emo kan aku ni????. Kalau aku setakat berair mata aku boleh terima....tp beria pula aku menangis....dah aku tak boleh terima diri sendiri. Punya lah aku cover supaya laki aku tak tengok isteri dia tengah berduka lara tanpa sebab waktu tuuu. Ermmmmmm teruk kan aku. Itu baru program tarian...belum lagi cerita sedih.....mahu aku meraung sampai bengkak2 mata. 

Pelik tapi benar.






Tulus Kasih,
Qasih Mama



Isnin, 24 Februari 2014

PLACE MAT BARU

Waktu rehat hari Jumaat kan panjang, apalagi...kaum hawa harus la kuar berjimba.
Tengahari tu aku kuar gi Mahkota Prade. Tempat yang dituju ialah Kaison....saje nak cuci mata. Tak ada target nak beli apa2...tapi kalau dah pergi tu.....idea untuk membeli akan menyusul.


Jeng...jeng...jeng...aku dah terbeli place mat baru. Bawa balik, terus letak atas meja.
Bila laki balik, terus tanya cantik ke tak? Dia jawab buat menyemak jee. Terus mak sentap tau. Dia kata kalau tak letak apa2 lagi tenang dia nak makan. Terus aku tak paham$%#%^%^().


Macam ni la tekturenya. Murah je...RM0.99 je.


Terus petang tu juga kami rasmi.


Beli benda ni bukan nya nak kasi cantik...tapi nak kasi senang sikit kerja kita. Kalau anak makan tumpah ke apa, tak perlu bersusah payah nak kutip. Tuang je terus kat tong sampah. Laki mana tahu pasal ni kan???? Pikir pasal mata dia jeee...pasal penat bini dia yang homeiii ni dia tak ambil tahu. Kalau anak yang tumpahkan nasi aku boleh terima lagi....yang tak tahannya, dia pun sama naik dengan anak. Nak cakap mulut laki aku ni herot tak juga.....
Konfius mak tau.



Tulus Kasih,
Qasih Mama



Jumaat, 21 Februari 2014

MAIN AIR

Rutin harian aku bila hujung minggu ialah bangun pagi untuk sediakan breakfast untuk my lovely family. Lepas tu kemas rumah dan basuh baju. Laki den pula akan kuar ke pasar untuk beli keperluan untuk aku masak makanan tengahari. Balik daripada pasar, dia akan tolong jemur baju. Lepas aku siap grooming rumah, aku akan start masak untuk makanan tengahari pula. Siap masak, kami sekeluarga akan makan sama2. 

Setle makan, kami lepak tgk tv jap. Lepas zohor, kami sekeluarga biasanya akan tidur n akan bangun sblm asar. Lepas solat asar baru kuar gi jalan2. Kalau dah dapat tidur waktu tengahari, waktu jalan2 anak2 tak banyak ragam sikit sebab dah cukup tidur. Itu apa yg diamalkan.

Tapi Sabtu lepas lain sikit, lepas makan, masa kami tgh lepak tgk tv, laki aku ajak kuar. Boring katanya. Anak3 apa lagi....bunyi perkataan kuar jalan, happy la. Aku pula macam malas coz letih. Mana tak letihnya....dari bangun pagi sampai tengahari tak rehat lagi. Kalau dapat baring bolehlah restkan badan sikit.
Jadi wanita ni penat tau. Aku pula jenis yang nak perfect jeee. Lantai comot sikit tak boleh, pinggan sebiji dalam singki pun tak boleh. Jadi of course la akan penat sebab semua benda kita yang buat dan nak cantik je. Salah diri sendiri juga.

Tapi laki aku pandai tau....dia umpan aku dengan air coconut shake Klebang. Mentang2 dah dua minggu aku bagi hint kat dia kata nak makan air coconut shake.....ari tu dia cakap nak ajak aku gi beli air tu. Terpaksa la aku mengalah. Lepas Zohor, kami bersiap n kuar rumah. Laki aku tunaikan janji....pergi beli air coconut shake aku dulu. Lepas dah isi perut penuh2 kami sepakat nak ke Taman di Ayer Keroh. Saje nak ambil angin petang sambil santai2 ngan anak3. Layan mereka main sambil aku borak2 ngan hubby.



 Sesi panaskan badan dahulu


Apa yg kakak cari tu


Sekarang sesi sejukkan badan pula


Dah mula membasahkan pakaian. Dah la tak planning nak datang sini...so pakaian spare tak bawa. Pakaian dah basah. Acaner tu???


Kakak posing ngan bunga je lah. 


Amboiiiii....kemain ye korang. Dapat main air, terus tak ingat dunia. Macam la mak korang ni tak bagi mandi setahun.


Happy gilllsss diorang bila dapat main air cam ni.


Sambil tengok anak2 main, aku belasah buah nangka yang beli kat tepi jalan tadi. Bapaknya pula pergi beli baju n towel untuk anak2 kat Jusco...sebelah taman ni je. Pergi jalan kaki coz teramat dekat.


Kakak teman mama sambil makan. Nak mandi dah segan....dah besar anak sulong aku. Saje aku usik dia suh pegi mandi juga lau nak baju baru. Punyalah dia marah...."malu la mama...kakak kan dah besar. Tak dapat baju baru pun tak apalah".


Petang2 camni, ramai parent yang bawa anak2 bersiar2. Aku biasanya datang lepak kat sini sebelah malam...lagi ramai rasanya. Tp hari ni ubah kebiasaan. Kami datang petang pula.


Parent tgh tunggu n perhatikan gelagat anak masing2.


Akhirnya Adam menyerah kalah. Dah kesejukan katanya.


Budak peace


Pakaian yang dibeli oleh bapanya


Lapkan badan Aniq


Adam yang kegirangan



Dah setle anak mandi manda. Kami pun berangkat pulang. Itu jelah kisah hari minggu kami.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




Khamis, 13 Februari 2014

DAPUR BASAH

Semalam akak ada janji nak share pasal dapur basah kan? So ari ni janji akan ditunaikan. Jangan salah paham ye kawan2, apa yang diceritakan ini bukan niat nak menunjuk ke apa...just nak sharing. Sebelum aku masuk rumah baru dulu, banyak ilmu yang aku dapat melalui blog kawan2 ........ dari check list, langsir, perabut, kitchen kabinet, hiasan dan sebagainya adalah aku kumpul idea dari kawan2 blogger yang lain. Aku berterima kasih banyak2 kepada kawan2 blogger yang tak kedekut nak berkongsi idea. Jadi, sekarang tibalah masanya aku sharing kepada yang orang lain dan kawan2ku yang bakal naik umah baru. Sharing is caring...tak gitu. so, tak yah la nak bersangka buruk yeee. Moga apa yang kita sharing akan memberi manfaat kepada orang lain pula.

Tak nak berceramah...jom kita terus kepada tajuk dia atas.





Proses menebuk sedang dilakukan


Habis bersepah den punya perkakas


Pemasangan tile pula sedang dilakukan


Sikit je lagi.....


Aku pilih kaler light grey. Asalnya nak ambil warna gelap...tp owner kedai kata better ambil warna light sebab aku nak letak kat dapur basah yang terbuka. Kalau ambil kaler gelap, nanti akan mudah nampak comot tapak kaki n sebagainya. Maka hamba pun bersetuju. Lagipun nanti nak pasang kabinet kaler gelap...tak pasal2 semua nampak gelap la pula kan?


Akhirnya......siap sudah dapur basahku. Kat sini la tempat aku berkungfu pagi2 or petang2 kalau hari minggu. Sebelah malam biasanya aku akan masak kat dapur didalam. Kami anak beranak suka lepak sini n main masak2 kat sini coz angin yang sepoi2 bahasa bertiup...nyaman. Akhirnya impian ku untuk ada open kitchen tercapai.



Pandangan dari atas tangga. Kat dapur basah tu aku ada lekatkan penyidai baju boleh laras. Senang sikit kalau hari kerja, sidai je kat situ...so tak payah nak risau kena hujan ke apa.


Pandangan dari atas bukit. Kalau perasan sebelahnya ada balkoni.


Inilah balkoninya. Ingat nak buat tempat tanaman herba. Tunggu waktu rajin lah. Bila tu????
Wayar yang berjuntai itu adalah untuk siram pokok dikebun. Abaikan kolam renang anakku yang jatuh dihujung sana tu yeee. Kena tiup angin la tu (ayat cover belakang umah bersepah). Apa tak bersepahnya....mak nenek alat berkebun laki aku longgokkan kat hujung situ...dengan cangkulnya, dan lain2 peralatan yang aku tak tahu namanya.


Kalau dapat rezeki lebih, ingat nak pasang pintu kabinet tuu. Tunggulah...nak kumpul duit dulu. (Ini adalah salah satu motivasi untuk bekerja lebih keras lagi). Rak peach yang bertingkek2 tu laki den punya tools.Macam2 alat pertukangan dia sumbatkan kat situ. Kabinet oren tu pula dari aku zaman duk kat Shah Alam, pindah ke Pahang, pindah ke rumah sewa di Melaka dan akhir sekali pindah kerumah sendiri....tetap aku angkut. Nak buang sayang...elok lagi tu. Kalau ikut laki ku...dia nak buang je. 


Ini my cinta hati punya hobby. Dulu dia letak kat ruang menonton...menyemak je aku tengok. Aku paksa dia alihkan kat dapur basah...senang sikit nak cuci dan tukar air.


Nampak tak ikannya. Gila laju ikan ni berenang...susah aku nak snap tau.


Ini aku punya hobby


Kedua2 pasu n pokok ni beli kat Tesco...clearence stok...RM 1 lebih je.


Sepasang sejoli gitu.


Aku tenggekkan pokok aku ni kat atas akuarium laki ku. Dia kata buat menyemak je..tapi ada aku kesah??? Orang laki ni bukan pandai sangat pasal seni.....pokok itu adalah seni alam. Hahahaha...pandai tak ahkak berfalsafah.


Sekian kisah dapur basah ku. 



Tulus Kasih,
Qasih Mama



Rabu, 12 Februari 2014

RINDUKAH????

Ahaaaaa...akak dah bersiaran kembali. Lama kan akak menyepi? Sebetulnya, 3 minggu lepas anak aku yang kedua demam chicken pop, lepas tu aku balik kampung. Balik dari kampung, anak bongsu pula yang naik chicken pop. Maka hamba pun bercuti panjang la.....dengan blog2 sekali harus bercuti. 

So, minggu ni duk jaga si kecik ni la nampaknya. Tak nak berenggang langsung. Nak tidur ngan mama, tak nak abah yang jaga nak mama yang jaga. Ngada sungguh tau.


Budak demam..tp tetap peace. Habis satu badan aku lumur calamine lotion. Abaikan dapur basahku yang bersepah tu yeee. Cerita pasal dapur basah akan ku update esok ya.

Bye.




Tulus Kasih,
Qasih Mama