Khamis, 31 Oktober 2013

HOME DECORATION FESTIVAL

Nak kemana hujung minggu....kami sekeluarga dah plan awal2. Boring gak lau asyik terperap kat umah....kesian kat anak2. So, kami rancang nak pergi ke Home Decoration di Ayer Keroh. Sebelum tu nak gi service kereta dulu....n hubby jumpa kawan dia. Nama kampung aku tak tahu la pula. tapi memang terasa sangat suasana kampung tuu.


Hubby tgh intai buah mangga.....gila lebat buah mangga rumah kawan hubby. Masa nak balik, kami ambil buah mangga sikit...gambar lupa snap. Tp rasa dia memang rangup...fresh  dari pokok lah katakan.


Me n anak dara ku


Aku lagi. Tgk latar belakang ku itu....terasa sangat suasana kampung walau pun di tengah bandar


Selesai urusan suamiku....maka kami anak beranak ke home decoration lak.....jalan2 cuci mata....tak ada apa2 nak beli pun....sekadar habiskan masa.


Kami laki bini jenis seronok tengok benda yang cantik


Selesai usha barangan kat sana.....hubby ajak pergi makan Mc D lak.
Dah remaja anak ku ini....maknanya aku dah tua la kan????? .....ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk...mak tak boleh terima hakikat itu.


Petang2 cam ni....makan yang simple2 jeee....tak mau nasi.....


Tima kasih yeeee sebab belanja...lain kali belanja lagi ekkk laling


Tgh berusaha habiskan makanan


Muka budak tengah majuk n tak puas hati coz x dapat mainan Mc D....yang ada adalah mainan barbie....tak kan nak beli kan???? Aku tak nak sogokkan benda yang boleh menyebabkan anak aku krisis identiti....hahahaha









Rabu, 30 Oktober 2013

HARI MINGGU YANG PENAT TAPI SERONOK

Hari Sabtu lepas aku kerja...ada taklimat untuk pelajar baru. Malas, tapi bila fikir tanggungjawab...ku gagahi juga untuk hadir. Bangun pagi2, buat sarapan utk anak2 dulu .....kemudian baru pergi kerja.



Pelajar yang sedang mendengar taklimat...termasuk pegawai yang bertugas


Bos aku tgh berucap untuk rasmikan program


Buruk benau perangai aku...dah la jadi tetamu, duduk atas penrtas...tapi sempat lagi tangkap gambau
Masa tgh taklimat, ada sms masuk...kakak ipar ku yang tinggal kat PD cakap nak datang rumah...dah on the way katanya....dalam kepala masa ni tgh pikir nak masak apa tgh ni. Sedang tgh berpikir tu....tiba2 dapat sms lagi....sahabat lama aku yang dah ke Puncak Alam lak cakap nak datang umah petang nanti....apa lagi, terus pikir untuk minum petang sekali.




Selesai je program, aku terus menuju ke pasar...nak cari bahan untuk memasak. Lap peluh jap.....ni baru membeli, lau memasak karang, tak tahu la macam mana tahap meroyan aku ni. Almaklumlah....aku bukan jenis yang hebat didapur.


Sahabat ku sekeluarga dah sampai.....awal lak tu....cakap petang. Aku memang masa ni tak masak untuk minum petang lagi (bukan alasan yeee...hahahaha). Aku hanya buat koktail je...itupun nasib baik senang, main tuang jee.


Laki ku tgh melayan lakinya


Kami tgh menyembang...tp tak puas sangat sembangnya tau....sebab dia nak kena berangkat cepat...nak singgah kat pantai Blue Lagooon katanya.


Sahabat ku yang kedua pula datang...Miza n adik iparnya....apa lagi...sambung sembang n gossip lagi. Yang paling lawak...kami sembang sampaikan laki Kak Zila dah gelisah nak balik....last2 dia hantar sms je kat Kak Zila. Kerrrlasssss kau....duduk sekangkang kera je...tp ber sms bagai.


Waktu ni kakak ipar ku lepak kat ruang menonton ngan hubby dia. Nasib baik ada dua ruang.


Anak2 lak sibuk bermain....puas main kat luar rumah, mereka main pula kat bilik Aniq....dalam bilik ni ada byk mainan.


Kawan aku baru je nak gerak balik, cousin husband (yang baju hijau) yang duk kt PD lak sampai....memang meriah la hari tu...tetamu berkunjung tak putus.


Waktu ni aku hanya sempat goreng keropok je....penat bermain, habis air satu jaq


Anak3 ku bukan main seronok bila dapat berkumpul n berjumpa ngan cousin.


Kakak ipar n husbandnya


Cousin husband n wifenya.


Sekian, kisah hari minggu yang happening. Seronok walau dalam keletihan. Tetamu datang bertali arus....syukur pada Mu Ya Allah....kerana tidak putuskan ukhwah yang terjalin ini.





Isnin, 28 Oktober 2013

PRESENT DARI JEJAKA ITU

Auwwwww....moood gedikss melanda....happy. Tak nak cerita banyak....kita review gambar je ya....


Nampak tak ada sesuatu dalam gambar niiii


Tadaaa...ini lah dia idaman hati....kini telah ku miliki


Selamat dipakai....emas putih


Kasi zoooooom sikit. Cincin bulat ada berlian tu sepasang dengan rantai putih...tp yang tu aku tak tunjuk la....sebab dah pakai kat leher...malas nk buka2.


Tq u for your present, love, honesty and happy u given me.


Jumaat, 25 Oktober 2013

PERUT TENGAH LAPAR


Bila tengah lapar cam ni....macam2 makanan bermain dimata dan diminda......



Gulai lemak kepala ikan tenggiri, ayam goreng, ulam dan budu....oh heaven nya rasa


Sayur kobis tumis telur, sotong goreng kicap,ikan kerisi goreng, ayam goreng
ohhh indahnya dunia perutku


Tapi lau petang2 cam ni....makan ais jagung lagi best


Makan pula bersama pisang dan keropok lekor goreng....perrrghhh, tak terkata


Ok....bye bye....aku nak kena cari makanan untuk isi perut yang tengah meroyan ni...makanan....dimana kau makanan....tungguuuuuuu aku datang!!!!!!


Khamis, 24 Oktober 2013

JOHOR BAHARU DAY 3

Aku n family tahun ni sambut Hari Raya Qorban di JB.....suasana hari raya Qorban x terasa sangat duk kat bandar ni....rasa biasa2 je. Kalau kat kampung, happening la sikit....ada acara sembelihan lembu secara gotong royong, ada makan2...ada kunjung mengunjung.

So, hari ni adalah last day kami kat JB coz kami akan gerak ke Port Dickson pula...umah kakak iparku.


Sebelum gerak balik, aku sempat snap gambar anak ku n cousin....tengah syok tgk cerita altraman.

Lepas je salam n makan2....aku pun gerak menuju ke Pd. Sampai sana, kami makan tengahari dan bergerak pula menuju rumah cousin husband. Kami dijamu makan rendang daging dan rendang burung.....masa ni perut dah penuh gillsss...so makan just jemput2 je. Sembang kejap, baru kami gerak balik ke Melaka. Jauh Perjalanan hari ni....Dari JB ke PD baru ke Melaka. Dan alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Inilah cerita Raya Qorban kami sekeluarga di perantauan.



Nanti kita sambung story mory lagi yeee....nak sambung kerja jap.

Tata....

Rabu, 23 Oktober 2013

JOHOR BAHARU DAY 2

Ok, kita sambung kisah semalam ye. Ini kisah malam raya.....kami buat makan2 kat umah abang ku yang sulong....menu utama malam tu ialah ayam bakar dan bubur nasi....adik beradik yang lain bawa pemanis mulut. Jom layan gambar....penat nak membebel banyak.


Budak2 sibuk main kat tingkat bawah


Orang dewasa pula sibuk borak kat tingkat atas


Separuhnya pula sibuk makan kat dapur


Sedapnya


Acara membakar ayam dan sotong


Sambil bakar, sambil borak


Dan sambil makan


Sebelum kasi kat tetamu...harus rasa dan isi perut dulu


Borak lagi


Sesi makan2


Makanan di atas meja


Sambal bilis


Kangkong goreng belacan


Sotong bakar


Telur asin


Lobak jeruk


Limau kasturi


Agar-agar


Ayam bakar


Rasa meriah sangat malam tu....dapat kumpul ramai2...makan2, borak2...last2 aku orang yang terawal terbongkang atas katil......penat.