Selasa, 30 April 2013

DEKO BILIK PEJABAT

Masa mula2 pindah dulu...bilik ni kaler dia putih, dinding kosong. Oleh kerana ingin mengisi kekosongan tersebut, maka aku buat buatlah sedikit dekorasi tempat aku mencari rezeki ni supaya nampak cantik, kemas dan tenang. Aku jenis manusia yang tak boleh tgk bilik/ rumah bersepah...mula la aku sakit kepala.

Demi mencari ketenangan dalam melaksanakan tugas, maka tercetuslah deko2 ni. Bukan lawa sangat pun, janji aku tak sakit mata. Untuk bilik aku, aku pilih kaler purple (gila perasan remaja riang kan?) Fedulik apa aku, janji aku bahagia...hahaha. So, meh kita layan.....

 Bunga hidup sebagai penyeri
 Atas laci serbaguna aku letakkan hadiah yang student berikan kepada aku

 Bunga plastik tapi cantikkan???

 Bunga hidup di atas meja ku

 Bunga plastik lagi...tapi yang ni aku letakkan atas meja komputer aku

 Dinding sebelah kiri aku letakkan ayat al-quran jam dan gambar gedikss aku n hubby

Kasi zooommm sikit


 Di dinding sebelah kanan aku lak aku letakkan gambar pemandangan dan gambar insan2 yang menceriakan perjalanan hidupku



 Atas printer lak aku letakkan gambar my lovely family...kalau perasan, aku ada letakkan cermin didinding

 Inilah cerminya...almaklumllah cermin dan wanita tak dapat dipisahkan

 Gambar aku dan hubby atas meja komputer...penguat semangat untuk buat kerja

 Gambar aku n family dalam wallpaper komputer
(adakah aku psyco...semua tempat ada gambar)

Lagi gambarnya..biasala lau orang bajet retis, semua tempat nk letak gambar...konon2 glamour la sgt


 Pandangan dari arah pintu

 Meja ku...tempatku memerah keringat...ada keringat ke keluar dalam econ?Apa2 jelah.

 Pandangan dari arah pintu

 Pandangan dari luar...epat ke dalam

 Pandangan dari dalam menghala ke pintu lak


Bila mata penat dan letih...aku suka pandang keluar jendela...tenang dan sejuk je mata memandang


Member2 aku yang datang siap tanya ini tempat kerja ke rumah....hohohoho....bagi aku, tempat kerja mesti nampak macam rumah supaya kita selesa. Tapi awas juga ye...lau dah macam rumah sangat..takut kerjanya asyik nak membuta jeee....hahahaha.

RENOVATION PROGRESS # 2

Petang semalam lepas balik kerja singgah kat rumah sekejap, monitor kerja pengubahsuain rumah. Alhadulillah, bumbung dah hampir siap dipasang. Kerja2 pendawaian elektrik pun hampir siap.


 
Yang kat atas tu namanya Tam dari Lombok...tgh gigih memasang atap. Dia memang seorang yang pakar dalam bidang pertukangan rumah.
 
 
 
 
 
Pandangan dari arah belakang rumah


Aku besarkan sikit dapur...yang ruang terbuka tu untuk dapur basah merangkap tempat jemuran
 
 
 
Dapur ni aku besarkan lebih kurang 13' x 28'
 
 
 
Harap2 semuanya berjalan seperti yang dirancang.Amin..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 29 April 2013

PEMASANGAN GRILL RUMAH

Pada hari Sabtu lepas, lebih kurang kul 9.00 pagi taukeh kedai yang aku tempah grill call hubby n dia cakap nak pasang grill. So, kami pun bersiap2 lah ke rumah baru. Proses pemasangan bermula lebih kurang pukul 10.00 pg dan berakhir lebih kurang kul 12.00 tgh.

Pekerjanya tgh buka balutan plastik


Untuk tingkap kecil 


Masing2 tgh tekun menjalankan tugas



Railling langsir pun aku minta dia buatkan sekali 


Yang telah siap dipasang

Untuk grill aku pilih warna putih dengan corak yang cukup simple...kata rumah nak konsept moden style kan...so inilah pilihan aku. Yang pasti laki ai suka dengan pilihan ai. Grill ni cantik dimata akulah...dimata orang lain mungkin tak kot. Yang penting aku puas hati.
Grill yang aku pilih ialah jenis wrougt iron tetapi aku request nak warna putih dan tak nak kolor yang orang biasa guna untuk cat wrought iron tu...yang ala2 emas/suasa/coklat tuu ( tak pandai la nak cakap kolor dia tu)
Taukeh kedai ni adalah orang melayu ye kawan2...tapi hasil kerjanya cukup puas hati, harga yang amat berpatutan dan sangat menepati masa.
Kawan2 aku ada la cakap ngan aku yang lau nak renovation rumah ke, buat wiring ke, grill ke, better tempah dengan C**A kerana kerja diaorang cantik. Masa tu aku terfikir2 juga la...betul ke? Tapi aku nekadkan hati nak tempah dengan orang kita...kalau kita yang tak tolong bangsa kita, siapa lagi yang nak tolong kan? Tapi alhamdulillah hasilnya aku amat puashati dan setanding dengan bangsa lain.
Yang membuatkan aku lebih bersyukur ialah, jiran aku tempah grill dengan bangsa lain, menggunakan besi biasa tetapi harganya mak ai...tanjat mak gegirl. Harga aku dapat jauh lebih murah..dahla besi wrought iron, powdercoat, taukeh kedai siap hantar oven lagi nak bagi cat tahan lama dan nampak shining. Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar.

Jumaat, 26 April 2013

MUHASABAH DIRI


Sekadar renungan dan pedoman untuk diri sendiri....ingatan untuk melalui perjalanan hidup yang entah bila pengakhiranya.



Sama-sama kita muhasabah diri agar berjaya di Dunia & Akhirat.. ^_^

[Admin] MD Akmal
Siapa yang tidak suka hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan, kan?
Jom semua, kita jadi pemaaf! :)

LIKE & SHARE

























Khamis, 25 April 2013

RENOVATION PROGRESS - #1

Sekarang mood lemau nak update blog....penat kot....banyak benda yang nak kena setle sebelum balik mengundi. Rumah satu hal...renovation kena pastikan disiapkan hujung bulan kerana tuan rumah yang aku sewa sekarang ni kata ada penyewa baru yang akan masuk early next month. Hoi semput aku laki bini nak setlekan segala hal.

Buat masa sekarang proses nak naik rumah dah selesai 2-3 perkara. Butiran seperti di bawah (amboi ayat....skima bahasa melayu sungguh)

1. Grill dah tempah
2. Cat untuk dalam bilik dah beli
3. Wall Paper dah beli
4. Peralatan bilik air dah beli
5. Perabut dah tempah
6. Lampu Kipas dah beli
7. Hood dan Hob dah beli
8. Langsir dah siap
9. Water Heater dah beli

****Peralatan ini dah beli tapi pemasangan belum dibuat.


Gambar di bawah adalah progress renovation minggu lepas



Dari arah pintu dapur yang asal


Pandangan kiri rumah


Pandangan kanan rumah


Pandangan dari arah hadapan rumah sebelah kiri

Selasa, 16 April 2013

SEGALA-GALANYA AKU

Kehidupan harian aku amat padat ye kawan2. Bangun pagi2, siapkan diri, kejutkan anak2, pastikan mereka bersiap untuk ke sekolah...bantu apa yang patut dibantu contohnya pakaikan tie, sediakan stoking mereka dll. Pada masa yang sama buatkan susu untu si Adam, kemas dan loadingkan beg anak2 masuk kereta, pastikan semua barang mereka cukup...beg sekolah pagi, beg sekolah petang, baju sekolah petang, kelengkapan taska. Selesai semua tu, pastikan semua suis tertutup dan rumah berkunci. Naik keta pergi kedai beli sarapan untuk mereka dan terus hantar mereka ke sekolah. Selesai hantar Aufa dan Aniq, hantar pula Adam ke Taska. Semua barang loading kat situ sebab Aniq dan Aufa akan balik makan minum, mandi dan bersiap kat situ untuk pergi ke sekolah agama lak. Baru aku pergi ke ofis. Habis urusan anak2 sebelah pagi aku memulakan pula tugas aku sebagai pekerja. 
 
Sebelah petang pula, balik je dari tempat kerja terus pergi ambil Adam kat Taska. Balik semula kat ofis untuk tunggu Aniq dan Aufa balik dari sekolah petang. Mereka balik 6.15 petang. Aku malas nak balik umah lepas tu pergi semula ke sekolah untuk ambil anak2...penat weiii rumah aku jauh dari sekolah. Sekolah anak2 dekat dengan tempat kerja...so bagi jimatkan masa dan tenaga, lepak je la kat ofis. Sampai waktu aku drive pegi ambil anak2 dan dalam perjalanan pulang ke rumah, aku akan singgah belikan makanan untuk mereka. Mesti kau orang fikir bila aku masaknya asyik beli jeee. Bukan aku tak nak masak, tapi balik dah la lewat mana sempat nak masak. Kalau masak pun setakat mereka bertiga je yang makan...tak berbaloi, tak padan dengan peluh yang keluar. Buat penat cuci kuali je kan??? (dasar pemalas memang cam tu alasan). Tapi aku akan pastikan hari minggu mereka makan masakan dari air tangan aku tau. Balik je terus loading semua barang masuk umah. Tutup pintu tutup grill.
 
Suruh mereka mandi dan bagi  mereka makan. Siap makan bagi peluang mereka tgk tv jap sementara aku pegi mandi dan gosok baju kerja dan sekolah untuk esoknya. Lepas maghrib atau Isyak, aku akan pastikan mereka buat kerja sekolah. Masa ni aku kena sitdown sekali...lau tak, pukul berapa nak siap...sambil buat kerja sklh mata sambil tgk tv. Kalau aku ada sebelah lain sikit...ai is garang yeee. Kalau Aufa aku tak kisah sangat sebab dia dah boleh berdikari dan boleh buat kerja sekolah tanpa bantuan. Kalau dia tak tahu sangat baru dia tanya. Tapi kalau Aniq....aku kena monitor dan aku kena jadi cikgu maklumlah dia baru darjah satu. Kita tak boleh nak harapkan cikgu 100%. Bila kat rumah kita perlu memainkan peranan sebagai cikgu...kalau tidak anak kita akan tertinggal. Aniq ni sensitif sikit. Hari tu dia ada homework matematik....ok, fine dia boleh buat....sampai tang soalan gandaan 2 dan gandaan 5, dia jadi blurrr. Aku pun ajar lah dia cam biasa....ajar punya ajar aku tgk dia macam tak faham. Bila suruh buat tak boleh buat. Sekali aku terangkan lagi, dua kali aku terangkan lagi, kali ketiga aku bagitahu lagi formula yang senang untuk dia buat....dah lima, enam kali aku kena ajar benda yang sama....terus maknya bertukar menjadi singa betina, suara makin tinggi....muka Aniq pandai lantai...mata dah berair. La...budak tu sentap rupanya....sensitif gila tu....nyampah ai. Bila tgk dia cam tu...kesian la pula. So, aku aku pun turunkan balik volume suara aku dan ajar dia satu2 dgn lemah lembut....so dia boleh la buat sikit2. aku pun puji la dia n cakap "Good...pandai pun. Macam ni la anak mama". Terus muka bercahaya. Anak aku ni nak kena puji baru idea datang mencurah2. Aku bukan nak jadi garang pun sebenarnya...tp faktor kepenatan tuuu.


 
 
Ok, kita sambung cerita....selepas anak dah siapkan kerja sekolah, aku akan pastikan mereka susun buku (jadual untuk sekolah esok). Setelah setle, pastikan pula kelengkapan dan beg untuk esok siap dikemas dan diletakkkan di satu sudut supaya tak tertinggal. Kalau kerja sekolah mereka siap awal...aku bagi mereka peluang tgk tv tapi sampai pukul 10 sahaja. Lepas pukul 10, suruh mereka masuk tido. Bila mereka dah tido, aku ambil peluang untu kemas rumah,sapu sampah, basuh pinggang mangkuk sebab kalau tak buat malam, pagi memang tak sempat. Aku jenis manusia yang tak boleh kalau balik dari tempat kerja, tgk rumah bersepah.....lagi penat jadinya...dah la penat badan, penat otak takkan mata pun nak penat kot.
 
Nampak tak kat situ yang aku ni seorang ibu, seorang bapa, seorang pekerja, seorang driver, dan seorang guru....penat weehhh bila laki duk jauh....semua kita yang kena handle. So, kalau laki balik aku cukup pantang kalau berkira pasal kerja...sebab kita lagi penat...kita buat semua benda. Betul tak? Sib baik laki aku jenis ringan tulang membantu....lau tak, ribut petir juga. Love U la sayang. Motif puji lebih2 ni????? Nak suruh bertambah rajin...Kuangx3.
Sekian cerita seoarang aku.

Khamis, 11 April 2013

MELAKA WONDERLAND

Hari minggu lepas aku ada citer yang aku nak gi mandi manda di Melaka Wonderlandkan? Di pendekkan citer, kakak ipar aku sampai umah aku lbh krg kul 11 mlm. Borak pungpang pungpang...kami pun tido. Pagi2 lagi kami dah bgn...sebab kalau boleh nak berendam sebelum matahari meninggi. So, kami gerak dari rumah aku kul 9.30 dan kul 10 kami sampai sana. Susah la nak citer betapa teruja dan seronoknya terjun dalam air...meh layan gambar....senang sikit untuk korang gambarkan....betapa seronoknya anak2 kami. Bukan setakat anak2, mak bapak anak pun lebih kurang...tak hingat donia bila jumpa air...cam tak pernah mandi setahun.
 

 
Kami dah sampai....pintu gerbang...nampak tak anak2 aku n cousin meluru ke arh mascot
 

 
Bergambar kenangan dengan mascot dinasor
 

 
Mereka lagi
 


Bergambar sebelah kaunter tiket
 
 
Kami dibawa ke  atas menaiki  kenderaan ni
 
 
 
Posing jgn tak posing
 




































Anak2 n cousin...kan main seronok dan teruja...dah la lama tak jumpa...
 
 
Aktiviti bermula...
 
 
Adam tengah menggelungsur dalam air
 
 
Tgh berposing sekali air dari atas jatuh....
 
 
Auwww gawangnya instruktor tuuuu...cam kenal jeee
 
 
Anak2 dibekalkan dgn life jaket untuk melalui lorong hanyut ni...pandai2 je aku bagi nama
 
 
Kami sekeluarga
 
 
Di kawasan ala2 pantai
 
 
Lepas berendam...apalagi, sesi makan2 la pula
masa dalam air jenuh nak panggil budak2 ni naik. Sampai kena dokong la. Bila naik memasing kata lapaaaaarrrr.
 
 
 
Ok itu la aktiviti kami hujung minggu lepas. Kalau korang nk pegi sana, tiket untuk Dewasa ialah RM 32 dan kanak2 RM 27. Gila weeehhh lama sungguh aku tak main air. Sekali jumpa air...ambik kau, tak ingat donia sungguh. Bayangkan pukul 1 tgh pun aku asyik berendam lagi. Bila pergi tukar baju dalam bilik persalinan, rasa nak nangis...habis badan ku belang2. Tengok muka kat cermin terus rasa nak nangis....macam lempeng hangus wa cakap lu. Masa tu baru terbit rasa menyesal. Lain kali tak nak main air lagi lah.....Huwawaaaaa sedeh.......