FOREVER

FOREVER

Jumaat, 30 Ogos 2013

ADAM SAMBUT MERDEKA

Si kecik aku ni kemain gembira bangun pagi2 minta nak mandi...nak pakai baju raya merdeka katanya, So pagi2 lagi aku siapkan dia dan pakaikan baju yang cikgu dia bekalkan. Semalam ada perarakan pelajar taska...mengelilingi UiTM bersama pelajar2 UiTM. Seronok kemain anak aku. Dia kata macam-macam baju ada...cina, india, askar, bomba, kadazan....dia pula cikgu bekalkan baju warna hitam...sebab yang tu je yang muat dengan dia...yang lain ada yang kecik dan ada pula yang terlebih besar.


Kemain senyum...gembira la katakan


Inilah baju yang bakal Adam gayakan masa perbarisan nanti


Sempat snap dari jauh je...nak turun bawah ambil gambar tak sempat sebab diorang dah sampai...ingat nak tunggu tepi jalan


Nampak je adam tengah berjalan, terus snap...tapi bila tgk dalam gambar, dah tak tahu mana satu adam....jauh sangat...lupa nak zooom kan kamera.




BUAT SAHABAT2 DAN WARGA MALAYSIA SEMUA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.



RUMAH TERBUKA 2013 @ HOUSE WARMING

Lambat benar nak update....mood malas melanda....citer ari ahad lepas...ari Jumaat baru terhegeh2 nk update. Aku bukan apa, malas nak transferkan gambar itu yang jadi pekasam dulu.

Korang dah sedia maklumkan yang aku naik umah sebelum puasa hari tu. Oleh kerana dah dekat masuk bulan puasa, maka kami tak buat house warming lagi la....sebab kami fikir lebih baik buat house warming sekali dengan majlis rumah terbuka. Majlis ni aku tak buat secara besar-besaran pun....just panggil officemate, jiran tetangga dan saudara terdekat jee.




Kerusi meja sampai kat umah pada pukul 12.00 tgh. So kami pun bergegas la menyusun coz majlis umah kami bermula pada pukul 3.30 petang.


Anak daraku tengah menyiapkan meja juadah


Kami juga susun kerusi tambahan


Pandangan dari arah pagar


Proses susun atur dah siap


Tetamu dah mula datang


Selepas makan, sesi borak2...jumpa sahabat2 lama


Kemain seronok lagi budak2 ....sampaikan mangkuk pun diorang jadikan topi


Tanah tepi yang belum ditanam rumput....orang nursery dah datang ukur keluasan tanah tepi sebelum puasa hari tu, sebab kami ada minta koatation dengan nursery tersebut.


Yang tengah dokong anak tu ialah bos ai....baik sesangat tau...cukup sporting.


Yang perempuan tu anak dia...dah chop untuk jadi bakal menantu


Suami melayan tetamu yang baru sampai


Yang ni pula majoritinya adalah sahabat daripada Pahang....buat reunion kat Melaka coz masing2 dah pindah ke Melaka macam aku la tuuu


Geng Pahang datang satu van



Makanan lupa nak snap....dah tetamu datang tak putus2....semua jadi lupa...gambar2 yang ada ni pun aku sempat snap yang datang kul 6.30 petang....mana yang datang awal2 tu semua aku tak snap...maklumlah tuan umah sibuk. Cikgu2 anak aku pun majoritinya datang....tapi lupa nak ambik gambar.

Masa orang tengah buat bacaan Yassin dan doa selamat aku tak snap coz takut jemaah2 yang hadir terkejut....nanti dia cakap bini siapa la yang over tuuu. 

Makanan boleh dikatakan semuanya aku tempah. Aku ada tempah nasi dagang, mee kari, rendang. Yang aku masak dan sediakan sendiri ialah nasi impit, agar2, buah-buahan dan air jeee...yang lain semua tempah....pandai tak ahkakkkk.

Itu je cerita tentang open house kami...ada masa kita gembang lagi ye. Bye...




Khamis, 29 Ogos 2013

HADIAH KE?

Pelik tapi benar....aku pun keliru...tapi terpaksa gak terima hakikat......

Laki ai kata nak bagi hadiah kat ai...kemain lagi call cakap ada hadiah nak bagi...berbunga hatiku bila dengar.

Sampai je kat umah, laki ai pun tunjukkan hadiah yang dia beli ni....

.jeng
.
.
.
.
.jeng
.
.
.
.
.jeng
.
.
.
.
.jeng



Comel tak......Ini lah yang my hubby panggil hadiah.....huhuhuhu...tak tahu nak cakap camana, terharu ke, gembira ke, sedih ke...itu yang aku cakap aku redha je tadi.

Ini bukan hadiah...ini nak suh tolong buat air banyak2...supaya korang senang ulang alik minum...huwaaaaaaa tak boleh tima hakikat jap mak tau...ini yang dipanggil hadiah. Apa2 pun ai tetap hargai tau...dan2 tu juga ai pergi bancuh air ribena untuk my sweet family tau. 

Beria laki ai bagi penerangan macamana dia boleh terbeli bekas air mini ni. Dia kata nampak ramai orang berkerumun, lepas tu nampak sorang mak cik tu bawa bekas ni.....dia pun tanya la mak cik tu beli kat mana....mak cik tu cakap la....apalagi, laki ai pun rembat la satu...kononnya untuk hadiahkan buat isterinya.

Lawak tahap gaban sungguh suamiku ini. Sabooorrr je lah.


Rabu, 28 Ogos 2013

MASAK SENDIRI

Semenjak dua menjak ni, asyik duk tunjuk pasal makanan yang orang masak jee...so ari ni meh ai tunjukkan pula kehebatan ai memasak. Ai bukan malas tau...bukan gak tak pandai masak....cuma malu nak tunjuk bakat, tu yang duk tunjuk makanan kat restoran...(matakeatassangat)

Ikan siakap goreng berlada...walaupun u oll tgk tak cantik, tapi rasa dia sedap sangat tau (puji diri sendiri adalah motivasi untuk tambah kerajinan memasak...jangan salah paham lak tau).


Sup ayam untuk anak3


Sayur campur goreng bersama sotong (panjang lak nama masakan ni). Sendiri letak...ikut suka hati ai la.


Ayam goreng adalah menu wajib anak3


Lala masak tumis


Roti boom...ini tipu, aku tak masak tapi beli hahahha


Ini lah juadah kami...waaaa bangganya rasa bila dapat masak sendiri untuk hidangkan kat my lovely family.


Selasa, 27 Ogos 2013

PERHATI BETUL-BETUL

Cuba tengok betul2...apa yang korang nampak.....




Cute kan????

Gambar ni kami ambil masa jalan2 n singgah beli buah rambutan tepi jalan berhampiran dengan hutan rekreasi sungai udang.

Isnin, 26 Ogos 2013

MASAKAN THAI SEAFOOD

Restoran ni memang aku syorkan...memang best. Restoran ni baru beroperasi, bersebelahan AEON Bandaraya Melaka...namanya lau tak silap aku AR-Rahman. Makananya memang meletoppp+ restoranya yang agak eksklusif+paking yang senang dan luas.




Siakap steam...memang best


Tom yam pok tek...pun best gak


Ayam goreng kunyit...menu yang tak boleh lau tak ada...menu wajib


Sayur kailam goreng ikan masin


Aniq pilih nasi goreng patayya


Adam nasi goreng cina....tapi semua sayur campur yang warna warni dibuangnya


Kami order teh o ais satu jag


Kita nak ambil gambar dia, dia lak nak ambil gambar kita...menci tau...gambar ai eksklusif la...mana boleh tepek sesuka hati


Kakak yang makin manis dan makin dewasa


Lepas makan, makan lak dessert big apple


Yummyy...bestnya


Budak ultraman...masa makan pun asyik buat aksi nak bertukar jadi atoman 


Bila update blog waktu tengah lapar...ini la jadinya, perut makin berkeroncong, nafsu tak boleh dikawal....alamakkkk hilang la dietku....oooohhhh tidakkkk


Budak yang suka cakap banyak....ada je ceritanya


aniq yang makin berselera makan


Amboi...nampak sangat anakku sedang kehausan...habis disedutnya....waiter....tambah satu gelas lagi!!!!

Laporrr...laporrrr...tolong...tolong....ok, bye aku harus pergi cari makanan sekarang gak....Byeeee

Diet hancusss (*_*).




Ahad, 25 Ogos 2013

YEE MEE SIZLING DI TESCO

Cerita hari minggu. Kami sekeluarga keluar...tujuan nya nak cari bedak ai yg dah habis. Lepas tu my kiddos request nak makan sizling....oleh kerana dah lama gak kami tak pekena sizling...maka marilah kita ke TESCO.


Lapor pula bila tengok gambar ni


Aniq makan habis satu pinggan...lompat bintang mama tengok


 Sila lah...makan jangan tak makan


Budak ni pun kemain lagi makan....baju yang putih bertukar coklat jadinya


Ini lah tujuan sebenarnya....lipstik dan bedak ZA




Jumaat, 23 Ogos 2013

STEAMBOAT & GRIL DI RESTORAN API-API


Cerita ni dah lama...malas punya pasal...gambar2 terperuk je dalam hp. Oleh kerana minggu ni ada sifat kerajinan sikit, maka marilah kita berkongsi cerita sedikit.



Masa kami pergi ni ada harga promosi iaitu RM 19.99 seorang


Inilah restorannya


Macam2 ada....ketam, kerang, daging, ayam, kambing, segala jenis seafood, segala jenis mee, ais krim, ...dan macam2 lagilah


Aniq pilih mushroom soup...tak berbaloi bawa budak ni tau...tak makan sangat. Adam lak asyik duk pusing meja jee...


Kakak memang makan bersungguh2. Berbaloi2 bawa dia


Mr.B tengah fokus menjamah makanan


Tuan tanah (nape jerawat banyak lak timbul ni...dah la musim perayaan ni...buat spoil sungguh)


Ai makan bubur nasi lak


Makanan yang sedang dibakar dan dimasak bersama tom yam n soup


Makan jangan tak makan


Banyak gila kami ambil....macam orang gila nak habiskan semua ni...


Budak ni minum air je...adam lak asyik gi merayap dalam kedai je...nak ambil gambar pun tak sempat.


Keseluruhannya, kat sini memang banyak makanan berbanding dengan tupai2...tetapi kat sini rasa tom yam dia kurang menyengat berbanding di Tupai2. 

Makanan = Api2 lagi meriah dan banyak
Rasa = Tupai2  lagi sedap + suasana yang tenang macam resort

Itu je komen yang boleh aku bagi...tapi apa2 pun korang boleh cuba kat sini....rasanya taklah rugi.

Ok...bye...nanti kita jumpa lagi...banyak lagi yang ai nak riakkan pasal makanan ni. Tungguuuuu....